Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Thursday, November 17, 2011

Cara mengenal pasti wang palsu


ade cerita pasal peniaga kat kuantan yang terima duit palsu. duit tu dia dapat dari couple husband n wife naik kete besar makan sarapan kat kedai die bayar gune duit 10 hengget dan terus mintak baki 5 hengget , pasal customer ramai sangat xsempat nk ngecek duit tu .. 

Duit palsu memang susah nak kenal, kalau peniaga yang dapat duit palsu ni memang la tak sedar langsung. Yela customer tengah ramai ko.. mane nak perasan duit tu ori ke ape.. tak kan nak cek satu-satu kan.  Biasa kalau pergi bank baru nak sedar tu duit palsu pasal bank ade pengesan yang gune  lampu berwarna ungu atau ultra voilet. ala kalau letak bawah lampu duit palsu akan balikkan cahaya terang tapi kalau duit ori tak ade cahaya u ols orang panggik refleksi la.

Antara Ciri-diri duit palsu
1. Kertasnya licin seperti kertas A4 sedangkan jika anda memegang duit kertas tulin ianya terasa agak kasar oleh kesan cetakkan yang timbul.
2. Jalur keselamatan meggunakan plastik berkilat yang diperbuat dari kertas hiasan dan tidak ada angka 50 serta lambang bunga raya.
Tips Mengesan Duit Palsu
Ada beberapa cara untk anda mengesan duit palsu dengan serta merta selain dari memerhatikan ciri-ciri keselamatan pada duit kertas namun tidak ramai yang mengetahui ciri-ciri tersebut selain dari kakitangan bank.
1.  Titiskan air ke atas duit tersebut, kerana sesetangah wang palsu dicetak dengan menggunakan dakwat yang berkualiti rendah yang menyebabkan warnanya menjadi “lebur” apabila terkena air. Namun cara ini memerlukan anda sentiasa membawa air ke mana juga anda pergi.
2. Menggnakan sejenis pen khas yang diperbuat untuk mengesan duit palsu.  Warna kekuningan akan terjadi  jika wang palsu tersebut dilukis dengan menggunakan pen tersebut. Dapatkan dari kedai stationery berdekatan.
3. Namun satu cara yang paling mudah dan anda tidak memerlukan kepakaran serta tidak memerlukan apa-apa alat pun selain dari sehelai kertas berwarna putih:
Caranya anda hanya perlu calitkan wang palsu tersebut ke atas sehelai kertas putih dengan tekanan yang agak kuat.  Jika wang tersebut tulin, kesan  warna wang tersebut akan tertinggal di atas kertas putih dan wang tidak rosak.  Sekiranya wang tersebut palsu tidak ada apa-apa kesan yang tinggal.
Selamat mencuba dan mungkin anda tidak akan kerugian kerana menerima wang palsu. Jika anda menerima wang palsu adalah dilarang sama sekali mengedarnya semula kerana anda boleh didakwa melalukan jenayah mengedar wang palsu.
 pstt** ciri-ciri tu aku copy ok. ape dah tau?????
               sentap!!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers