Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Friday, September 23, 2011

Budak teriak nama bapa tepi jalan

ALOR SETAR: Tangisan seorang budak perempuan berusia empat tahun di tepi jalan, membawa kepada penemuan mayat bapanya yang dipercayai terbunuh selepas motosikal ditunggangi dua beranak itu terbabas sebelum masuk ke dalam parit berhampiran Taman Ampang, di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, motosikal Honda berwarna merah yang dinaiki Zulfadly Hafiz Abu Bakar, 28, dan anaknya Nur Hidayah, 4, dikatakan dari Jalan Kilang Tebu menuju ke Taman Abadi di sini, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit berdekatan Taman Ampang.
Difahamkan, anak mangsa yang terjatuh daripada motosikal berkenaan hanya cedera ringan, manakala Zulfadly Hafiz dipercayai terhumban ke dalam parit berdekatan bersama motosikalnya, mati di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Supritendan Mohd Sham Abdullah, berkata orang awam yang kebetulan lalu di kawasan kejadian berasa pelik selepas ternampak seorang budak perempuan menangis di tepi jalan sambil memanggil bapanya berulang kali.

“Kemalangan itu hanya disedari selepas orang awam yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan terlihat seorang kanan-kanak perempuan menangis di tepi jalan berdekatan parit terbabit.

“Orang awam yang menemui kanak-kanak perempuan itu berasa pelik kerana mereka tidak menyaksikan kejadian, tambahan pula motosikal dan mayat mangsa yang sudah terperosok ke dalam parit tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau berkata, Nur Hidayah yang tidak mengalami kecederaan menangis teresak-esak memanggil bapanya sambil menunjuk ke arah parit berdekatan, sebelum mayat Zulfadly Hafiz bersama motosikalnya ditemui orang awam terperosok di dalam parit yang mempunyai kedalaman air setengah meter.

“Mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi ini (semalam). Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/ar...ijalan/Article

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers