Pengskodeng terhebat

Great deal yawww

Wednesday, November 24, 2010

sweet sour novel nasz

Semalam adalah hari yang aku rase tak berape menarik untuk menonton tv. Kebetulan sorang membe aku ade suggest satu novel. Die dah baca, dia kate best. Aku memang kaki novel, tapi kalau novel boring aku malas nak bace, novel yang intro panjang2 pun malas aku nak bace. 
mula2 bace aku rasa novel ni biasa macam novel lain. tapi yang beza dia gaya penulisan dia agak sempoi. Sesuai la ngan jiwa remaja aku. Ahakkk.. remaja lagi ke aku?? remaja ag okeiiii... berbeza la ngan novel lain yang guna ayat mak aiiiii sastera gile.. naik boring aku bace mls nak tulis name novel 2 kat sini..walaupun novel ni agak tipikal cam novel lain yang wataknya anak orang kaye ade duit juta2 tapi novel ni lain sikit sebab hero Joe 2 aku rase jahat. Hahahahahaa, tak tau la nak describe ape lagi sal novel ni.. yang aku tau tak rugi pun beli novel ni coz memang best giler... two thumbs up untuk penulis....

COVER-SS
cover novel tersebut

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul

“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

– Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul

“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers